Cara membuat keropok keping
Antara
cara pembuatan keropok keping mengikut peraturan 1985,keropok ikan
hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak
kurang 15peratus. CONTOH MEMBUAT KEROPOK KEPING »Bahan-bahan Untuk Memproses Keropok Kering | |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
» | Cara-cara Pemprosesan Keropok Lekor / Kering | ||||||||||||||||||||||||||||
a) Membancuh Adunan
Bahan-bahan
campuran yang di gunakan untuk memperoses keropok iaitu tepung kanji
atau tepung sagu, garam, gula, bahan perasa (MSG) dan air ais di adun
dengan menggunakan mesin penggaul ( mixer) sehingga sebati. Adunan yang
telah sebati dapat di ketahui apabila ianya tidak melekat pada bekas
penggaul serta boleh membentuk doh.
b) Membentuk
Adunan
yang telah di bentuk ketulan berbentuk selinder. Ketulan dibentuk
mengikut saiz yang yang dikehendaki. Pada lazimnya, keropok keping di
bentuk di antara 30 cm-50 cm. Panjang, bergaris pusat diantara 6 cm.-10
cm., serta mempunyai berat 500 gm.- 1 kg. Manakala ketulan untuk keropok
lekor lebih kecil iaitu di antara 100 gm -500 gm.
c) Memasak
Keropok
lekor boleh dimasak samaada dengan cara kukus, rebus atau terus
digoreng.manakala keropok keping hanya direbus atau dikukus sahaja.
Keropok
yang dikukus mempunyai kualiti yang baik jika dibandingkan dengan
keropok yang direbus, tetapi ianya mengambil masa yang agak lama.
Keropok yang di kukus mengambil masa 1 hingga 1.1/2 jam untuk masak
bergantung kepada saiz manakala merebus hanya mengambil masa di antara
20 hingga 30 minit sahaja. Keropok yang telah di rebus akan timbul serta
naik kepermukaan air apabila ianya masak.
d) Memotong
Keropok
yang telah siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan sejuk
dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum ianya dipotong nipis
membentuk kepingan.Keropok boleh di potong dengan menggunakan pisau
ataupun dengan mesin memotong keropok.
e) Menjemur
Keropok
yang telah dipotong nipis di susun di atas pemidai dan di jemur kepada
cahaya matahari. Di dalam keadaan cuaca baik keropok boleh menjadi
kering dalam masa 6 hinnga 7 jam.
f) Membungkus
Keropok
yang telah kering di angkat , di simpan atau terus ditimbang dan
dibungkus dalam bekas plastik.Plastik ini di pateri dengan menggunakan
api lilin , pelita atau dengan menggunakan mesin pateri ( Tew Impulse
Sealer )
Pembungkusan
adalah factor penting dalam mengawal kualiti produk.Pembungkusan yang
tidak baik akan mengakibatkan pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran
saperti gas oksigen, wap air, kotoran, mikrob, dan cahaya yang
berlebihan. Ini akan menyebabkan hasilan menjadi lemau, berkulat,
tengik, busuk dan hilang khasiat pemakanannya.Pembungkusan yang menarik
juga akan menjadi daya tarikan kepada pengguna.
g) Penyimpanan / Penstokan
Keropok
yang telah dibungkus dengan berat 100 gm,200 gm dan 500 gm adalah perlu
di susun dengan rapi supaya tidak di kenakan tekanan bebanan yang berat
yang mana akan mengaibatkan kerosakan kepada keropok saperti patah,
pecah dan sebagainya.
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar